fbpx

Ronaldo berdepan tindakan langgar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilapor melanggar perintah kuarantin apabila menyertai skuad antarabangsa Portugal yang turun menentang Sepanyol awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mungkin dikenakan tindakan undang-undang selepas melanggar perintah kuarantin bagi menyertai skuad antarabangsa Portugal.

Meskipun tempoh kuarantin belum tamat, namun Ronaldo tetap meninggalkan lokasi kuarantin untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol yang berkesudahan seri 0-0 awal pagi semalam.

Justeru, Pengarah Kesihatan Piedmont, Roberto Testi berkata pihaknya akan merujuk pada pihak berkuasa berhubung tindakan yang bakal dikenakan ke atas pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

“Kelab tersebut memberitahu pihak kami beberapa pemain meninggalkan tempat kuarantin, oleh itu kami akan berhubung dengan pihak berkuasa. Kita lihat apa hukuman yang akan dikenakan,” katanya.

Selain Ronaldo, pemain-pemain lain seperti Paulo Dybala, Juan Cuadrado, Danilo dan Rodrigo Bentancur turut meninggalkan pusat kuarantin tanpa menunggu keputusan ujian.

Meskipun dua kes positif di Juventus tidak melibatkan pemain, namun mereka perlu menjalani perintah kuarantin sejak Sabtu lalu.

Sementara itu, beberapa pemain Juventus mendapat kebenaran untuk menyertai pasukan negara masing-masing seperti Adrien Rabiot, Aaron Ramsey dan Wojciech Szczesny. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI