fbpx

Lelaki lemas ketika cari ketam di Teluk Sepanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tidak berbaju, memakai ‘goggles’ renang, berseluar pendek dan bersarung tangan ditemui terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar malam tadi.

KOTA KINABALU – Mayat tidak berbaju, memakai ‘goggles’ renang, berseluar pendek dan bersarung tangan ditemui terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar malam tadi.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang pencari ketam kira-kira pukul 8 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Difahamkan, mayat berkenaan dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Turut ditemui ditempat kejadian sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.

“Siasatan awal setakat ini mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI