PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kelantan dan Pahang pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan melaporkan, cuaca buruk berserta angin kencang itu dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.
“Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), manakala Pahang (Pekan dan Rompin).
“Bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE