fbpx

‘Kereta berhias’ masuk kampung 5 tahun sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera seperti ini akan kelihatan di kawasan kampung dalam lima tahun sekali.

PETALING JAYA – Seperti sudah menjadi kewajipan apabila tibanya musim Pilihan Raya Umum (PRU), maka berduyunlah kerja amal dari wakil rakyat untuk rakyat.

Setelah kerajaan membubarkan parlimen baru-baru ini, segala kemudahan rakyat mulai muncul tidak kira di bandar mahupun di kampung.

Rata-rata tempoh sehingga PRU15 yang dijadualkan pada 19 November ini menjadi detik penting kepada YB-YB (yang berhormat) yang sebelum ini sukar dicari namun kali ini jangan terkejut jika mereka berada di hadapan rumah anda.

Ketika ini di media sosial, beberapa keping gambar yang menyaksikan jentera-jentera berat yang jarang digunakan kini aktif berkerja.

Beberapa foto menunjukkan jentera-jentera yang dipanggil ‘kereta berhias’ itu melakukan kerja-kerja penurapan didakwa dilakukan di sebuah negeri di Pantai Timur.

Kebanyakkan pengguna media sosial Facebook turut memperli situasi tersebut yang jarang berlaku dan hanya berlaku dalam tempoh lima tahun sekali.

“Aku dah cakap, benda ni dalam lima tahun sekali je aktif. Ini tak kira jalan kecil ke besar ke semuanya akan diturap, hidup YB,” jelas Adam Radzi.

“Wah, kereta berhias dah masuk kampung. Biasalah kereta-kereta ini jarang muncul. Itu yang ekslusif sikit.

“Ini kalau ada apa-apa masalah telefon sahaja, pasti wakil rakyat akan terpacak di hadapan rumah kita,” kata Angah Ramli. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI