fbpx

Nana mudah menangis lihat kucing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA mengamalkan diet ketogenik bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai buat gadis Pesona Ahad, Nur Syazana Mohd. Rosli.

Siapa sangka perkongsian video haiwan peliharaan dan lakonan yang dimuat naik di media sosial meraih tontonan ramai. Setakat ini, gadis yang mesra disapa Nana mempunyai 374,800 pengikut di TikTok.

Nana seorang yang berdikari dan berani. Dia pernah belajar di International School of Dhaka di Bangladesh sewaktu berusia 15 tahun.

Anak ketiga daripada lima beradik itu kini mengusahakan perniagaan makanan dan minuman secara kecil-kecilan bersama kakaknya. Ikuti temu bual lanjut Nana bersama Kosmo! Ahad.

Kosmo! Ahad: Cerita mengenai latar belakang Nana?
Nana: Saya dilahirkan di Perlis dan dibesarkan di Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum ini, saya belajar di luar negara dan memulakan bisnes bersama kakak saya sekembalinya ke tanah air.

Bagaimana penglibatan Nana sebagai influencer?
Saya mula berkecimpung dalam media sosial atas doro­ngan rakan-rakan sewaktu pandemik Covid-19. Saya belajar menyunting video, berlakon dan menari sebelum dimuat naik di TikTok. Pengikut menggelarkan saya Snow White dan Disney Princess kerana kerap berkongsi video bersama haiwan peliharaan. Alhamdulillah dengan pengikut yang ramai, saya me­nerima bayaran daripada syarikat besar untuk membuat video berbentuk promosi.

Kenapa pelihara haiwan?
Pada awalnya, saya mem­bela burung lovebirds, Yumi dan Haru. Saya suka lihat cara kakak melayani haiwan. Kucing pula saya jatuh cinta selepas terjumpa haiwan itu yang dibuang di pasar dan sekitar rumah. Kami memberikan rawatan dan menjaganya sehingga kini. Saya juga membela landak dan ‘sugar glider’.

NUR SYAZANA atau Nana kini mempunyai seramai 374,800 pengikut sejak aktif di TikTok sewaktu pandemik Covid-19.

Apa yang pengikut tidak tahu tentang Nana?
Secara luarannya saya tampak ceria tapi sebenarnya berhati lembut dan mudah menangis. Jika tonton cerita sedih, bahagia malah melihat kucing jalanan pun boleh menangis. Saya amat pentingkan penja­gaan kesihatan dan mengamalkan diet ketogenik.

Lelaki pilihan Nana?
Saya sudah mempunyai pasangan, kami kerap berkongsi gambar di media sosial. Saya selesa mendedahkan pasangan supaya orang tahu hubungan kami. Dia memahami ketika susah dan senang. Kami berdua sedang berusaha untuk menghalalkan hubungan ini. Doakan kami.

Perancangan pada masa akan datang?
Buat masa sekarang, saya mahu fokus dalam perniagaan. Sejujurnya, saya memasang angan-angan untuk menceburi dunia lakonan jika ada pihak produksi yang berminat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI