fbpx

Spurs awasi Newcastle, enggan terluka lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS pastinya mahu bangkit melupakan kekalahan kepada United Khamis lalu dan bersedia untuk mengatasi Newcastle malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte percaya pasukannya bakal berdepan aksi sukar pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

Pengendali dari Itali itu turut melabelkan The Magpies mampu menjadi pasukan pencabar dalam saingan Liga Perdana selepas berada di bawah pemilik baharu, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi dan RB Sports & Media.

Spurs juga pastinya mahu waspada dengan ancaman Newcastle yang dijangka berada dalam motivasi terbaik bagi menebus kekalahan 1-5 dalam saingan liga musim lalu yang berlangsung di stadium sama.

“Mereka adalah pasukan yang bakal menjadi pencabar paling bahaya untuk masa akan datang. Saya percaya mereka hanya memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk mula memenangi gelaran dan trofi.

“Sudah tentu semua pasukan perlu berwaspada dengan kemampuan yang dimiliki Newcastle setiap kali bertemu mereka. Oleh itu, saya mahu pemain-pemain Spurs tidak leka apabila melayan kunjungan mereka nanti,” katanya.

Tottenham juga pastinya ter­desak untuk mendapatkan tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga selepas tewas 0-2 kepada Manchester United Khamis lalu.

Selain itu, jentera serangan Spurs perlu berada pada prestasi terbaik bagi merobek pintu gol Newcastle, memandangkan skuad kendalian Eddie Howe hanya melepaskan sembilan gol dalam 11 perlawanan liga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI