fbpx

Keyakinan Lionel Messi pada tahap tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (depan) berjaya meledak satu gol membantu PSG mencatat kemenangan 3-0 ke atas Ajaccio pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam. – AFP

AJACCIO, Perancis – Bintang Argentina, Lionel Messi me­negaskan, mereka tidak gentar bertemu dengan mana-mana pasukan pada Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November ini berdasarkan rekod semasa ­negara itu.

Situasi La Albiceleste yang masih belum tewas dalam 35 perlawanan antarabangsa sejak 2019, menggambarkan peluang cerah untuk mereka merangkul gelaran Piala Dunia selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1986 di Mexico.

Juara Copa America itu juga dijangka tiada masalah untuk mara ke pusingan 16 sebagai dua pasukan terbaik daripada Kumpulan C yang turut diisi oleh Arab Saudi, Mexico dan Poland.

“Kami beraksi dengan cukup baik dan menggembirakan ­penyokong sejak kebelakangan ini. Namun, saya percaya ia bukan ­sesuatu yang mudah untuk membawa pulang trofi berprestij dunia ini.

“Piala Dunia sangat sukar ke­rana banyak perkara di luar jangkaan boleh berlaku. Namun, kami tak takut dengan sesiapa dan bersedia menentang mana-mana pasukan,” kata Messi.

Penyerang prolifik itu juga berada di momentum terbaik apabila berjaya meledak sembilan gol daripada 15 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Paris Saint-Germain (PSG) musim ini.

Ia termasuk satu golnya dan dua umpanan jaringan buat Kylian Mbappe ketika membantu PSG menewaskan Ajaccio 3-0 pada aksi Ligue 1 di Stade Francois Coty awal pagi semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan PSG melebarkan penguasaan sebagai pendahulu Ligue 1 ­dengan 32 mata, enam mata mengatasi FC Lorient di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI