fbpx

Meerqeen, Anna Jobling, bercinta atau ‘propa’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEINTIMAN Meerqeen dan Anna membuatkan ada yang mula naik muak.

SEJAK drama Melur Untuk Firdaus meledak, pasangan serasi popular Meerqeen dan Anna Jobling semakin kerap muncul bersama di hadapan umum.

Mana tidaknya, hampir setiap acara mereka muncul bersama malah tular juga video dalam TikTok apabila Meerqeen memegang lengan Anna di sebuah lokasi.

Diva memang sentiasa bersangka baik, mungkin hubungan mereka sekadar teman rapat yang terjalin di set penggambaran.

Tetapi jauh di sudut hati Diva, terdetik juga tanda tanya sama ada mereka memang benar-benar bercinta cuma hubungan itu dikaburi dengan projek bersama.

Bagi Diva, tidak salah pun hendak bercinta tetapi naik menyampah apabila ramai netizen yang sudah mula meluahkan rasa rimas melihat keakraban yang ‘melebih-lebih’ itu.

Kalau benar-benar bercinta, tahniah Diva ucapkan. Jaga hubungan baik-baik. Tambahan pula kedua-duanya masih muda.

DIVA: Ramai sebenarnya pelakon yang menjalin hubungan cinta lokasi di set penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI