fbpx

Caprice, cuba relaks dan berlapang dada!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAK tergugat dek ancaman saman Caprice, Ameer Ali Mydin mencabar penyanyi itu meneruskan niat tersebut.

KETIKA dunia dikejutkan dengan kisah peletakan jawatan Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss hanya selepas 45 hari berkhidmat, gelanggang hiburan tanah air kecoh dengan ‘saman-menyaman’ melibatkan penyanyi rap Caprice bersama pemilik pasar raya Mydin.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, yang sedang sibuk dan ligat melakukan pembongkaran kes mahkamah beberapa penceramah bebas tiba-tiba terusik. Jiwanya yang selama ini kebal kecaman, bertukar ‘panas’ hanya disebabkan untaian ciapan Twitter rasmi Mydin yang antaranya berbunyi:

“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli ‘cap’ dengan ‘rice’.”

Entah di mana kalutnya, pelantun lagu Dem Girls itu kemudian menyatakan hasrat mahu menghantar tuntutan saman sebanyak RM30 juta terhadap syarikat berkenaan.

Menghangatkan situasi, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin pula mencabar Caprice meneruskan niat tersebut.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada kami, biar peguam saya semak nanti,” katanya.

Tidak berada di posisi untuk menghakimi ideologi Caprice, namun di sebalik hal ‘kecil’ tersebut, sudah jauh perjalanannya, terutama usai apa yang dikerjakan di Jordan sedikit masa dahulu.

Jadi, sepertimana dirinya berlapang dada dengan pendedahan demi pendedahan jenayah melibatkan individu yang masih dalam perbicaraan mahkamah, energi sama sepatutnya tumbuh ketika ini.

CIAPAN pihak Mydin yang benar-benar meninggalkan impak sehingga mencetuskan ‘perang’ antara pasar raya berpengaruh itu dengan Caprice.

Berlapang dadalah seluas-luasnya memulangkan segala sindiran bahkan cercaan sekeliling. Bukan bermaksud membiarkan orang lain memijak-mijak kepalanya atau menghalalkan buli siber, tetapi fokus sahaja apa yang ingin dilakukan.

Dalam satu wawacara bersama Pose sebelum ini, Caprice pernah memberitahu, perjuangannya menentang kebatilan tidak akan pernah berhenti sekalipun meletakkan keluarga dalam bahaya.

“Kita boleh sahaja ‘tembak’ macam-macam perkara dalam media sosial tapi apa jadi, orang marah tapi nak balas dendam, keluarga yang kena. Paling teruk, anak kita kena.

“Jadi, saya memang tidak akan hentikan perjuangan ini,” katanya dalam temu bual itu.

Adakah, apa yang dimaksudkan Caprice apabila dia ‘sentuh’ orang lain, itu tidak mengapa, namun jangan dirinya disentuh atau diperli mana-mana pihak, sekali gus menjadikan dirinya ‘untouchable’?

Hanya Caprice boleh memberikan jawapan. Ramai percaya, dia bukanlah figura yang bercakap seperti ‘tin kosong’.

Untuk Caprice, kembalilah ke landasan ‘walk the talk’ atau mudahnya, cakap biar serupa bikin.

Dalam masa terdekat Caprice juga ‘bergelut’ dengan provokasi, termasuk seorang netizen berhubung sesuatu isu dan juga, PU Syed yang menyentuh hal peribadinya iaitu tegur aurat isterinya.

Caprice hanya perlu sisihkan sindiran kerana masih ramai yang menghormati perjuangannya.

Ya, sudah jauh perjalanan. Usah pedulikan sindiran, digelar ‘koyak’ atau rapuh, inilah ujian sebenar Caprice untuk membuktikan keutuhan jiwa dan keikhlasan usaha ‘jihad’nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI