fbpx

Halim Radzi, Sharifah Husna kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIM dan Husna selamat bernikah dalam sebuah majlis di Kajang semalam.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kajang semalam.

Pada majlis tersebut, Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 26, dinikahkan sendiri oleh bapa Husna, Syed Faizal Syed Mohd.

Halim menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Manakala, wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas.

Bintang drama Jangan Menangis Cinta itu bersyukur pernikahan yang dirancangan sejak Januari lalu berjalan seperti yang diharapkan.

“Alhamdulillah kami selamat bergelar suami isteri semalam.

“Tidak tergambar rasa gemuruh apabila dinikahkan sendiri oleh bapa mentua, memang sangat gementar sehingga rasa sebak dan mengalirkan air mata,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Mengenai tidak menghebahkan kepada umum tentang hari bahagianya, Halim berkata dia tidak khuatir semua yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

“Bukan tidak mahu berkongsi tetapi kami memilih untuk lebih privasi dan risau juga akan menganggu perjalanan majlis dan sebagainya.

“Kini, fokus kami ialah untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan hingga ke syurga,” uajrnya.

Perihal cahaya mata, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan dan menyerahkan rezeki kepada Tuhan.

“Setakat ini kami tidak merancang apa-apa tetapi jika Tuhan berikan rezeki anak dalam tempoh terdekat, kami okey sahaja. Boleh jadi hot mummy dan hot daddy,” katanya lagi.

Kongsinya lagi, majlsi resepsi belah pengantin perempuan akan berlangsung pada 30 Oktober depan di Putrajaya.

Terdahulu, Halim dan Husna sudah menjalinkan hubungan cinta hampir tiga tahun sejak tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI