fbpx

Pertandingan menembak kukuhkan hubungan SPRM, petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta pertandingan menembak anjuran SPRM bergambar selepas selesai program berkenaan di Lapang Sasar Briged Tengah, PGA, Cheras, di sini, hari ini.- Foto IHSAN SPRM

KUALA LUMPUR – Lebih 50 pengamal media mempamerkan bakat menembak dalam pertandingan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Kamaruddin M. Ripin berkata, pertandingan itu dianjurkan bagi mengukuhkan hubungan antara agensinya dengan pihak media selepas beberapa kali terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

“SPRM amat menghargai kerjasama setiap petugas media dalam membantu agensi penguatkuasaan ini mencegah dan menguatkuasakan aktiviti rasuah.

“Usaha pengamal media dalam mendidik dan menyebar luas mesej serta pendedahan antirasuah melalui laporan berita kepada masyarakat akan terus dihargai,” katanya ketika berucap pada program itu hari ini.

Kamaruddin berkata, SPRM sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pengamal media dalam aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah.

“Kita akan mengatur beberapa lagi program dalam masa terdekat selaras dengan usaha untuk memastikan kesedaran mengenai amalan salah laku rasuah disebarkan kepada masyarakat.

“Selain itu, ada pelbagai program akan diatur bersama pengamal media tempatan untuk memastikan aspirasi pencegahan rasuah dicapai sehingga ke pelusuk genap masyarakat,” katanya.

Pada acara itu, Wartawan Eksekutif Kosmo!, Eddy Aqmal Mohamed Hamid meraih tempat ketiga pada acara Menembak Tim Pistol dan tempat kesembilan bagi kategori Menembak Individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI