PUTRAJAYA – Keputusan permohonan rayuan melanjutkan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada 25 Oktober ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 12 tengah hari 25 Oktober hingga 5 petang pada 30 Oktober ini.
Menurutnya, semakan boleh dibuat menerusi https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.
“Semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.
“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober hingga 30 Oktober 2022 di laman web rasmi UA,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Katanya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Jelasnya lagi, tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03 – 8684 2363 atau emel [email protected] atau Facebook, KEMASUKAN BPKP JPT dan Instagram :@KEMASUKANBkpa.-KOSMO! ONLINE