fbpx

Pelajar dibuli sebab tidak dipanggil guru displin kerana ponteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden pelajar dibuli rakannya di kawasan ladang kelapa sawit, Banting Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Gara-gara tidak puas hati rakan ponteng tidak dipanggil guru displin membuatkan tiga pelajar sekolah menengah bertindak ‘mengajar’ rakannya itu di sebuah ladang kelapa sawit di Banting, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi Rabu lalu, mangsa lelaki berusia 13 tahun cedera ringan di pipi akibat dipukul tiga rakan seusianya itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu mengesan sebuah video tular berdurasi 55 saat di media sosial berhubung seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah diganggu beberapa lelaki berhampiran ladang kelapa sawit.

Katanya, pihaknya kemudian telah menerima laporan polis kira-kira pukul 7.10 malam tadi dari seorang suri rumah berusia 40 tahun.

“Wanita itu memaklumkan anak lelakinya telah dibuli tiga pelajar lelaki semasa berada di sekitar kawasan Banting.

“Semasa kejadian mangsa turut mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian itu disebabkan suspek tidak berpuas hati kepada mangsa.

“Ini berikutan mangsa tidak dipanggil bertemu guru disiplin sekolah setelah kegiatan mereka ponteng sekolah pada 12 Oktober lalu.

“Kesemua pelajar lelaki terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah ini dan keterangan meraka telah dirakamkan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Justeru, Ahmad Ridhwan menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI