fbpx

Empat negeri dijangka hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 9 pagi.

Menurut MetMalaysia, negeri-negeri terlibat adalah negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

“Kawasan yang terlibat di negeri Kedah adalah Kulim serta Bandar Baharu manakala, di Perak adalah sekitar Kerian.

“Seterusnya, cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang pagi ini,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Manakala, bagi Terengganu pula di kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun juga dijangka mengalami hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI