fbpx

RNF tiada masalah bantu Quartararo di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO terpaksa berjuang sendirian pada GP Malaysia susulan rakan sepasukan, Morbidelli bergelut dengan prestasi. – AFP

SEPANG – Prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP, Datuk Razlan Razali tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa mereka sedia untuk bantu Fabio Quartararo di Grand Prix (GP) Malaysia sekiranya mendapatkan arahan daripada pasukan Yamaha.

Tegas Razlan, ketika ini pihaknya tidak menerima sebarang ‘Team Order’ kerana mereka sedar bahawa jurang kesemua pelumba Yamaha dengan Quartararo terlalu jauh.

Namun, jika ada keperluan untuk membantu  Quartararo terutama perebutan gelaran dunia MotoGP RNF sedia mempertimbangkannya.

“Setakat ni, jurang antara Quartararo dengan pelumba Yamaha lain amat jauh. Jadi, tiada sebarang sebab untuk memberikan ‘team order’.

“Tetapi sewaktu GP Australia dan ketika itu Quartararo melakukan kesilapan, dia berada di belakang, Cal Crutchlow dan Darryn Binder, kita beritahu mereka menerusi ‘board’ yang menyatakan Quartararo ada di belakang. 

“Kita bagi laluan kepadanya untuk memintas. Itu sajalah yang kami boleh lakukan. Tetapi tidak tahu jika jurang mereka (ketika berlumba) di Sepang akan jauh atau dekat tapi setakat ini memang tiada (team order).

Ketika ini, Quartararo jelas tidak begitu bernasib baik apabila gagal membawa pulang sebarang mata ketika beraksi di GP Australia yang menyaksikan takhtanya dirampas selepas Francesco Bagnaia mendahului saingan dengan kelebihan 14 mata.

Situasi tersebut membolehkan Bagnaia merangkul gelaran juara dunia pada Ahad ini jika dia muncul juara di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Quartararo menduduki tempat keempat atau lebih rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI