PETALING JAYA – Sebanyak 11 negeri berdepan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga lewat malam hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah adalah Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.
Selain itu, hampir seluruh Perak diramal berdepan cuaca buruk malam ini melibatkan sekitar utara Semenanjung.
Tambah MetMalaysia, di Pantai Timur pula hujan lebat dilaporkan berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan di seluruh Pahang.
“Bagi Selangor (Hulu Langat dan Sepang) dan juga Putrajaya .
“Hujan lebat dan ribut petir turut berisiko di sekitar Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol),” katanya.
Dalam kenyataan sama, beberapa daerah di Sarawak seperti Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang turut berisiko cuaca buruk malam ini.
“Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta Labuan. – KOSMO! ONLINE