fbpx

Caely melangkah ke depan dengan semangat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan BOD yang baharu untuk menggerakkan Caely untuk perancangan lebih baik demi kepentingan pemegang taruh dan pelabur.

PETALING JAYA – Caely Holdings Berhad (Caely) memulakan lembaran baharu untuk bergerak ke hadapan dengan pengenalan secara rasmi ahli lembaga pengarah yang baharu (BOD).

Tujuh BOD yang baharu adalah Ng Keok Chai sebagai Pengerusi Eksekutif; Leong Seng Wui sebagai Pengarah Eksekutif, Kenny Khow Chuan Wah sebagai Pengarah Eksekutif; Datuk Kang Chez Chiang sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Turut diumumkan adalah pelantikan Krishnan Dorairaju sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas; Chong Seng Ming sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Datuk Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Menurut Seng Wui, matlamat utama barisan lembaga pengarah yang baharu ini adalah untuk bekerja keras dan memulihkan perniagaan

Serta memberi ganjaran kepada semua pekerja dan pemegang kepentingan selama ini.

“Sebagai pengurusan baharu, kami akan membawa Kumpulan kembali ke landasan yang betul.

“Kami akan berusaha untuk merebut tempoh ini sebagai peluang melangkah ke hadapan bagi rancangan perniagaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena sidang akhbar mengumumkan BOD baharu di sini.

Seng Wui menjelaskan, Kumpulan memiliki perancangan untuk  mengembangkan segmen pembuatan melalui menjalin usaha sama dengan rakan sejawat Indonesia bagi kemudahan pengeluaran baharu yang menjana pendapatan tambahan dalam masa terdekat.

Selain itu, Kumpulan juga sedang meninjau untuk menyusun semula hala tuju bagi mengenal pasti dan melibatkan pakar pasaran dalam segmen pembangunan hartanah dalam memulihkan perniagaan.

“Dengan tambahan simpanan tanah di Tapah dan Lembah Klang, kami akan mengambil pakar dalam sektor pembangunan hartanah untuk mengenal pasti projek berpotensi yang akan menyumbang secara positif kepada Kumpulan,” jelasnya. 

Sebagai rekod, sejak Februari 2022, Caely telah terbabit dalam kes perundingan berkaitan penyelewengan dana yang melibatkan pengasas dan bekas Pengarah Eksekutif Caely Datin Fong Nyok Yoon dan suaminya Datuk Alan Chuah Chin Lai serta bekas BOD Kumpulan.

Pasangan itu, didakwa menyeleweng RM30.55 juta daripada Caely (M) Sdn Bhd (CMSB) melalui 10 transaksi pihak berkaitan yang boleh dipersoalkan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI