fbpx

Lebih dua juta umat Islam tunai umrah sejak bulan Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para jemaah tiba untuk melakukan tawaf mengelilingi Kaabah semasa Hari Raya Aidiladha pada 9 Julai lalu. - AFP

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi mendedahkan telah mengeluarkan lebih dua juta visa buat jemaah dari 176 negara untuk menunaikan ibadah umrah sejak musimnya bermula pada 1 Muharam, 30 Julai lalu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Haji, Umrah dan Lawatan, Hani Al-Omairi, berkata bahawa kira-kira 150 syarikat perkhidmatan umrah dan pertubuhan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para jemaah.

Kerajaan Arab Saudi sangat menekankan agar tetamu rumah Allah itu dapat menjalani ibadah dengan mudah dan selesa dari masa ketibaan mereka sehingga berlepas pulang ke negara masing-masing.

Menurut Hani, Indonesia yang merupakan negara dengan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia mendahului senarai penghantaran jemaah umrah tertinggi setakat ini.

Kedudukan itu diikuti oleh Iraq, Turki, Pakistan, Malaysia, India, dan Azerbaijan. 

Beliau berkata musim umrah yang akan datang bakal menyaksikan lebih banyak peningkatan kemasukan jemaah umrah dari pelbagai negara di dunia.

Sementara itu, Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci mengumumkan bahawa jumlah jemaah umrah dalam dan luar negara serta jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah lebih 30 juta pada suku pertama tahun ini.

Jumlah mereka yang mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi dalam tempoh tersebut dianggarkan melebihi 40 juta.

Pihak presidensi menyatakan bahawa ia telah membuat pengaturan yang terperinci dan memanfaatkan teknologi baharu yang canggih.

Antara kemudahan teknologi yang diguna pakai adalah perkhidmatan robotik dan kecerdasan buatan yang membolehkan jemaah haji dan umrah melakukan ritual mereka dalam suasana penuh kerohanian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI