fbpx

Rakyat Indonesia marah undang-undang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan membaling batu ke arah anggota keselamatan di Tangerang, Pulau Jawa hari ini. - AFP

JAKARTA – Beratus-ratus orang ditangkap di Jakarta ketika puluhan ribu penduduk menunjuk perasaan di seluruh Indonesia pada hari ketiga hari ini kerana membantah rang undang-undang baharu yang menurut pengkritik, akan menjejaskan hak pekerja dan alam sekitar.

Beribu-ribu anggota pasukan keselamatan dikerah untuk menyekat laluan ke ibu kota Indonesia dan menghalang pekerja serta pelajar daripada menunjuk perasaan di hadapan istana Presiden dan bangunan Parlimen.

Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, lebih 400 orang dengan kebanyakan mereka remaja, ditangkap sejak dua hari lalu.

Mereka didakwa kerana menghasut rusuhan semasa tunjuk perasaan diadakan.

“Kami sedang menyoal siasat mereka,” kata Yusri hari ini dan menambah, situtasi di Jakarta adalah terkawal.

Pemerintah Indonesia berharap rang undang-undang baharu itu yang bertujuan menghapuskan kerenah birokrasi dengan merombak berpuluh undang-undang sedia ada merangkumi percukaian, buruh dan alam sekitar, akan dapat menarik pelaburan asing.

Bagaimanapun, aktivis-aktivis pekerja mengecam undang-undang tersebut dengan pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International menyifatkannya sebagai ‘bencana’ terhadap pekerja.

Polis mengharamkan demonstrasi hari ini kerana pandemik koronavirus tetapi pekerja dan pelajar masih berarak di banyak tempat di berpuluh-puluh buah bandar di serata kepulauan itu.

Bantahan ganas turut berlaku di sebilangan bandar lain minggu ini termasuk Lampung dan Bandung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI