fbpx

Amaran hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini.

“Bahagian utara Kedah melibatkan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan Pulau Pinang.

“Daerah terlibat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” kata MetMalaysia.

Bagi Terengganu, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh serta Kuantan.

Amaran sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala Johor di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Turut terlibat di Sarawak, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Hujan lebat diramalkan membadai sabah di kawasan Tawau, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata kenyataan itu.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI