fbpx

Yeri hidup dalam ketakutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YERI

PLATFORM media sosial sepatutnya menjadi medium bagi mendekatkan hubungan selebriti dengan peminat, lebih-lebih lagi dalam situasi dunia yang masih dibelenggu pandemik Covid-19.

Namun berbeza dengan penyanyi Yeri yang mendedahkan dia sebenarnya hidup dalam keadaan trauma dan takut kerana sering diganggu peminat fanatik setiap kali mula bersiaran langsung dalam Instagram.

Kata penyanyi kumpulan Red Velvet itu, sebaik mula bersiaran langsung, dia akan menerima panggilan telefon tanpa henti daripada nombor tidak dikenali yang dipercayai merupakan peminat fanatik.

“Saya tidak rasa mampu untuk melakukan siaran langsung dalam Instagram lagi selepas ini sebab takut dengan panggilan yang diterima,” katanya.

Pada Jun lalu, Yeri pernah memberitahu kehidupannya tidak tenteram gara-gara kerap diganggu panggilan dan mesej daripada peminat termasuklah pada waktu tengah malam.

Difahamkan, golongan peminat obses itu mendapatkan maklumat peribadi artis seperti nombor telefon dengan cara berkawan atau memanipulasi pekerja di syarikat telekomunikasi.

Berang dengan situasi memualkan tersebut, penyokong Yeri turut mendesak syarikat SM Entertainment menjalankan tugas dengan baik untuk melindungi artis naungan mereka daripada menjadi mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI