fbpx

Hasrat Rizky Febian bawa ibu konsert solo tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY FEBIAN

KUALA LUMPUR – Tersentuh dengan penerimaan peminat, penyanyi popular Indonesia Rizky Febian mengakui pernah memasang impian membawa ibunya, Lina Jubaedah untuk menyaksikan konsert solonya, namun hasrat tersebut tidak akan kesampaian selama-lamanya.

Kongsi Febian, hasrat tersebut terkubur saat Linda meninggal dunia pada 5 Januari 2020.

“Membawa arwah ibu ke konsert saya adalah satu impian yang tidak kesampaian.

“Namun saya pasti arwah ibu sedang tersenyum bahagia melihat anak yang dibesarkan sudah berjaya dengan karya-karya seninya,” katanya pada Konsert Rizky Febian Live In KL di sini malam tadi.

Sementara itu, kehadiran pelawak terkenal, Sule turut mengundang rasa sebak ramai apabila Rizky meluahkan rasa sayangnya kepada bapanya.

“Ayah saya, Sule turut berada di dalam dewan ini.

“Sering saya pesan kepada adik-adik supaya terus berjuang bersama dan beri yang terbaik untuk ayah.

“Ayah merupakan sosok inspirasi. Pada konsert ini, saya ingin beritahu bahawa Rizky sayang ayah,” luahnya.

Pada konsert sulungnya di Malaysia malam tadi, Zepp KL dibanjiri sekitar 3,000 peminat tegarnya yang sudah mula berkumpul di lokasi tersebut seawal pukul 9.30 pagi.

Rizky, 24, memukau ramai dengan lontaran vokal hebat menerusi 16 buah lagu popularnya termasuk Cuek, Kesempurnaan Cinta dan Terlukis Indah.

Turut mencuri perhatian ramai ialah kehadiran kekasih hatinya, Mahalini Raharja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI