fbpx

Abang Viva tamat zaman bujang, sah jadi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva dan isteri.

PETALING JAYA – Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan Abang Viva kini telah selamat menjadi suami kepada pilihan hatinya, Enova.

Sebelum ini, Azwan, 30, pernah tular apabila dia tampil melamar isterinya itu menerusi ‘TikTok Live’ di dalam kereta sambil menunjukkan sebentuk cincin sebagai tanda keikhlasan.

Nama Abang Viva masih menjadi bualan mulut ramai terutama ketika negara diramal berdepan dengan banjir besar menjelang pertengahan November depan.

Rata-rata orang ramai mengharapkan agar pemuda ini terus bersemangat dalam menabur bakti serta sumbangan kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

Dalam pada itu, Azwan bersama Enova kini aktif menguruskan sebuah Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva yang ditubuhkannya sendiri untuk menyalurkan bantuan kepada orang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI