fbpx

Cili kering sarang tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sekumpulan tikus berkeliaran di dalam longgokan cili kering yang dijemur di sebuah kilang luar negara.

PETALING JAYA – Sebuah kilang memproses cili kering yang didakwa beroperasi di luar negara telah membuatkan orang ramai ‘loya tekak’ apabila disebalik cili kering yang dijemur, kelihatan sekumpulan tikus berkeliaran sekitarnya.

Video berdurasi 14 saat itu dikongsikan Malaysian Update di TikTok semalam menjadi tular di platform media sosial, sehingga meraih hampir 800,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai.

Menurut Aisyah, dia terkejut melihat situasi seperti sarang tikus di sebalik cili kering yang dijemur itu serta mempersoalkan tahap kebersihan kilang tersebut.

“Ya Allah, serupa sarang tikus, sekali selak, punya banyak yang keluar, teruk betul aspek kebersihan untuk proses bahan makanan,” katanya.

Sementara itu, ada juga pengguna yang bertanya sama ada cili kering itu diimport ke Malaysia.

“Adakah cili kering Malaysia diimport dari luar negara? Gelinya bila tahu macam ini cara prosesnya,” komen Yatie.

“Tak ‘pijau’ pula tikus tu? Mak! Tak perlu masak menu ada cili kering dah,” ujar Zainiezs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI