fbpx

Bekas ADUN Sekong meninggal dunia dalam penerbangan ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Samsuddin.

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya dilaporkan meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi akaun Facebooknya memaklumkan perkara tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham Datuk Shamsudin Yahya Allah S.W.T. letakkan bersama orang-orang soleh dan beriman.

“Takziah kepada Datin Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima dengan kehendak Allah S.W.T.,” katanya.

Tambah beliau, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Daripada Allah S.W.T. kita datang kepada Allah S.W.T. kita kembali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun memaklumkan masih belum dapat berkongsikan laporan lengkap berhubung kejadian.

“Iya, Allahyarham telah meninggal di dalam pesawat dan pesawat berkenaan telah pun berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagaimanapun laporan lengkap berhubung kejadian, punca dan sebagainya belum lagi diperolehi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di laman Facebook, Allahyarham dikatakan sedang dalam penerbangan menghala ke Kota Kinabalu, Sabah namun meninggal dunia selepas kira-kira 40 minit penerbangan berlepas yang mengakibatkan pesawat berpatah balik KLIA.

Allahyarham merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi yang sebelum ini menyandang kerusi DUN Sekong selama tiga penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI