fbpx

PRU15: BN mahu kekal momentum kemenangan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (tengah) menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Paris Baquette Logistics Malaysia Central Kitchen, di Nusajaya Tech Park, di sini hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) Johor akan mengekalkan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membantu menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jentera kesemua parti komponen BN sudah bersedia dan berada pada tahap optimum ketika ini.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Operasi PRU BN Johor turut meyakini kepimpinan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad selaku Pengerusi BN Johor.

“Di bawah kepimpinan Datuk Hasni, kita telah membuat persediaan awal dan momentum PRN akan diteruskan untuk memastikan Johor membantu menubuhkan kerajaan di persekutuan nanti.

“Kita doakan supaya rakyat membuat pilihan tepat sama seperti dilakukan mereka dalam PRN Johor yang lepas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Paris Baquette Logistics Malaysia Central Kitchen, di Nusajaya Tech Park, di sini hari ini.

Menurut Onn Hafiz lagi, hanya kerajaan BN yang mampu mentadbir negara dengan sejahtera sekaligus memberi kestabilan politik yang diperlukan pada ketika ini.

“Saya yakin rakyat boleh bezakan antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah 22 bulan dengan kerajaan BN. Masuk sahaja PH, negara dan negeri huru hara, jadi cukuplah dengan keadaan sebegitu rupa.

“Kita telah rugi empat tahun, banyak lagi kerja hendak dibuat untuk majukan negara dan Johor, jadi saya rasa yang boleh jamin kestabilan masa depan negara dan negeri ialah BN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Machap itu turut menyambut baik pengumuman tarikh-tarikh penting PRU15 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

“Pengumuman ini prosedur biasa yang dilaksana SPR, bila tiba masa untuk pilihan raya sama seperti PRN kita lalui proses seperti itu, untuk PRU15 SPR laksana mesyuarat dan umum dengan tertib dan baik jadi saya ucap terima kasih,” jelasnya.

Terdahulu, SPR mengumumkan bahawa hari penamaan calon bagi PRU15 ditetapkan pada 5 November, manakala hari mengundi awal pada 15 November dan hari mengundi pada 19 November. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI