fbpx

Jurulatih sokong pemansuhan away goals rule di Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI (kiri) dan Kim Swee menyokong pemansuhan away gaols rule oleh MFL.

KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memansuhkan peraturan jaringan tempat lawan atau away goals rule mendapat sokongan barisan jurulatih pasukan yang bertanding pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menganggap perubahan peraturan away goals rule menjadikan pentas Piala Malaysia 2022 lebih menarik dengan perlawanan lebih seimbang.

Kata Nafuzi, barisan pemain tidak lagi berdepan tekanan memikirkan kelebihan pihak lawan, sekali gus menyaksikan persaingan lebih tinggi antara pasukan.

“Saya rasa aksi akan menjadi lebih adil dan pasukan juga kurang tekanan jika lawan ada menjaringkan gol di tempat kami.

“Sebelum ini, kalau pasukan dapat kelebihan gol tempat lawan, tekanan itu lebih tinggi dan kali ini bukan nak cakap tiada tekanan langsung, tetapi perlawanan itu akan menjadi lebih menarik sehingga ke penghujung­nya,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee turut berpendapat pasukan akan mempunyai masa untuk mengubah sebarang taktikal berdasarkan peraturan baharu ini untuk mengejar kemenangan sehingga ke akhir perlawanan.

“Saya gembira perkara ini dimaklumkan lebih awal, jadi pasukan boleh bersiap sedia tentang apa yang perlu dilakukan kerana kita sudah terbiasa dengan peraturan gol di tempat lawan.

“Jadi, sudah tentu taktikal setiap pasukan akan berbeza kerana semua pasukan akan mengejar untuk kemenangan dan tidak terlalu memikirkan gawang mereka akan dibolosi jika beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI