fbpx

PRU15: Permohonan penjaja lulus jika BN memerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra bersama penjaja pada Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan golongan penjaja amat dekat di hatinya kerana beliau pernah menjadi penjaja semasa kecil.

Menurut Perdana Menteri, beliau ketika bersekolah rendah pernah menjaja buah limau di kaki lima serta menjaja ikan di pasar minggu di Temerloh, Pahang.

“Jadi apa dibangkitkan oleh penjaja saya faham sebab saya pernah jadi penjaja. Hidup saya sama seperti penjaja. Apa yang penjaja rasa saya sudah lalui dulu.

“Percayalah jika kerajaan ini kembali memerintah segala permohonan persatuan penjaja akan kita luluskan. Jadi jangan bimbang,” katanya pada Perasmian Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri membangkitkan tentang usaha beliau membantu golongan penjaja semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kata beliau, persatuan penjaja ketika itu mengadu kepadanya tidak ada kementerian yang menjadi ‘bapa’ kepada persatuan itu untuk menjaga nasib penjaja.

Jelasnya, beliau kemudian mengumumkan dalam satu majlis di hadapan kira-kira 10,000 penjaja di Dataran Merdeka bahawa persatuan penjaja diletakkan dibawah KPDNKK.

“Jadi sayalah ‘bapa’ yang pertama kepada persatuan penjaja di Malaysia apabila diletakkan dibawah KPDNKK ketika itu.

“Baru-baru ini saya menerima surat persatuan penjaja mahu saya jadi jadi penaung. Walaupun saya Perdana Menteri, tetapi sebahagian saya adalah persatuan penjaja.

“Oleh saya dengan ini bersetuju untuk menjadi penaung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin penjaja, peniaga dan usahawan kecil akan menggunakan hak untuk menyokong kerajaan Keluarga Malaysia yang sentiasa mendengar keluh-kesah mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI