fbpx

Stalker Nayeon semakin ‘mengganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAYEON

BULAN lalu, penghendap atau ‘stalker’ Nayeon kembali ke Korea Selatan untuk membuat kejutan sempena hari lahir penyanyi itu pada 22 September ini.

Selepas beberapa minggu, peminat dikejutkan dengan pendedahan lelaki itu apabila mendakwa dia kini tinggal berdekatan dengan apartmen didiami Nayeon.

Perkara tersebut didedahkan dalam sebuah vlog yang dimuat naik lelaki itu dengan memberitahu, lokasinya berdekatan dengan rumah Nayeon di kawasan Cheongdam-dong, Seoul.

Bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, peminat melancarkan inisiatif sendiri dengan mewujudkan tanda pagar #PROTECTNAYEON dalam Twitter.

Kumpulan peminat Twice iaitu Once turut melancarkan hantaran e-mel tanpa henti kepada agensi JYP Entertainment agar melindungi Nayeon sekali gus menghalang lelaki itu mendekatinya.

Sedar keadaan tersebut membahayakan Nayeon, kumpulan peminat artis lain turut mengambil bahagian melancarkan tanda pagar serupa antaranya UAENA (IU) dan Stay (Stray Kids).

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas atau kenyataan dikeluarkan JYP Entertainment susulan kes tersebut setakat Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI