fbpx

Ikan berselerakan di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian di mana treler terbalik di Interstate 95, susur keluar 61. – Daily Record

RALEIGH, CAROLINA UTARA – Sebuah lebuh raya di negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat terpaksa ditutup sebahagiannya  pagi Selasa lalu selepas sebuah treler terbalik sehingga menyebabkan 9,979 kilogram (kg) ikan jatuh berselerak di jalan raya, lapor agensi berita United Press International.

Jabatan Pengangkutan Carolina Utara berkata, treler  tersebut terbalik sebelum pukul 5.45 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu, di lebuh raya  Interstate 95, berhampiran bandar Godwin.

Ia menyebabkan treler tersebut kehilangan muatan yang dibawanya iaitu ikan seberat 9,979 kg dengan kerja pembersihan mengambil masa beberapa jam.

Pemandu treler bagaimanapun dilaporkan tidak cedera. 

Beberapa kru di lokasi kejadian berkata, seorang pemandu lain memotong treler tersebut dan menyebabkan kenderaan itu terbalik ketika cuba mengelak. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI