fbpx

Pelancong resort Cyprus cemas belalai air naik ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belalai air dirakam bergerak di kawasan pantai. – Spectee SWNS

NICOSIA, CYPRUS – Pelancong sebuah resort di Cyprus cemas apabila berdepan fenomena belalai air yang menyebabkan kemusnahan kecil serta menerbangkan sebilangan kerusi jemur, lapor akhbar The Sun semalam.

Fenomena tersebut dirakam di resort popular, Ayia Napa, dengan ada antara pelancong yang menyangka ia adalah puting beliung.

Berdasarkan video yang dikongsikan di media sosial,  belalai air itu bergerak di kawasan pantai, manakala rakaman lain memaparkan ia tiba di daratan  dan menerbangkan beberapa perabot.

Seorang pelancong dikenali sebagai  Marc yang merakam kejadian itu berkata: “Ini bukan apa yang kami rancang untuk hari pertama percutian di Cyprus. Kami hampir terpaksa melarikan diri untuk berlindung.”

Menurut media tempatan, tiada kecederaan dilaporkan selain fenomena itu hanya membawa sedikit kerosakan kepada kawasan tersebut.

Seorang individu yang mendakwa menetap di Cyprus pula berkata, ia merupakan kali pertama kejadian itu berlaku.

Fenomena belalai air tidak berbahaya seperti puting beliung dan kebiasaannya menyebabkan hanya sedikit kerosakan.

Ia merupakan kejadian puting beliung di laut  yang terbentuk apabila angin bertiup dari  beberapa arah berbeza.

Meskipun digelar sebagai belalai air, ia hanya dipenuhi dengan angin dan kabus dan saiznya boleh mencecah sehingga 100 meter bagi diameter serta berlaku sehingga satu jam, kata pakar-pakar yang bertugas dengan majalah National Geographic. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI