fbpx

Murid lelaki kahwini guru disiplin 20 tahun lebih tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sigit tidak pernah menyangka akan berkahwin dengan gurunya sendiri. – TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri dari Purworejo, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian netizen kerana bukan sahaja mempunyai jarak usia 20 tahun, bahkan si isteri merupakan bekas guru disiplin ketika suami masih bersekolah, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Menurut si suami, Sigit Setya Budi, 24, dia mengenali isterinya sebagai seorang guru disiplin ketika  bersekolah menengah pada tahun 2013 hingga 2016.

“Ketika itu, tidak pernah sedikit pun terlintas untuk mencintai atau meminang dia (isteri) kerana statusnya yang sudah mempunyai suami,” kata Sigit.

Bagaimanapun, pasangan tersebut  mula menjadi rapat pada 2020 ketika mahu memulakan perniagaan bersama.

“Pada awalnya, saya tertarik melihat keperibadiannya yang saya anggap sebagai wanita perkasa ketika saya mengajarnya untuk membangunkan perniagaan.

“Ketika merancang untuk mengembangkan perniagaan, kami semakin rapat dan saling memahami sikap masing-masing,” ujarnya.

Kedua-dua mereka kini menjalankan perniagaan menjual mi ayam goreng dikenali sebagai Miyago Andari.

Kisah cinta Sigit dikongsikan di TikTok dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Jangan-jangan jodoh saya masih lagi memakai lampin sambil berlari dikejar ibunya untuk diberi makan,” kata seorang netizen.

“Aneh sekali rasanya berkahwin dengan guru sendiri apatah lagi gurunya lebih berusia,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI