fbpx

PRU15: Siapa pun menang, rakyat hanya mahu cari makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Ekonomi negara dijangka amat mencabar pada tahun depan. Rakyat berhadapan dengan tekanan inflasi yang berterusan. Perkara ini tidak berlaku di Malaysia sahaja, malah melibatkan semua negara di seluruh dunia.

Kesannya paling ketara dilihat apabila ada segelintir rakyat Malaysia sudah mula mengubah atau ‘downgrade’ gaya hidup. Daripada membeli ‘kopi mahal’ mereka mula bancuh sendiri di pantri pejabat. Jika dahulu beli kopi berbelas ringgit setiap hari kini hanya sekali seminggu.

Ada yang sudah tidak ke pusat beli-belah sejak setahun lalu. Semua mengambil pengajaran daripada susahnya ‘bergelut’ sewaktu pandemik.

Makan tengah hari pun bawa bekal dari rumah. Jika dahulu guna guna rangkaian telekomunikasi pasca bayar sekarang berubah menggunakan prabayar. Kalau boleh semua mahu jimat.

Tiga tahun lalu orang ramai tidak takut membayar berbelas ringgit untuk menggunakan perkhidmatan pemandu Grab, sekarang mula berkira-kira.

Mereka yang membe­la ku­cing pula sudah mula berubah membeli makanan haiwan itu yang lebih murah. Disebabkan inflasi bukan makanan manusia sahaja bertambah mahal, makanan kucing juga terkesan.

Jadi tidak hairan orang ramai sanggup bersesak menggunakan pengangkutan awam. Sudah jadi macam tin sardin. Padat! Kos berkurang tetapi tempoh masa perjalanan melebihi memandu kenderaan sendiri ke pejabat.

Jadi tidak hairan apabila kerjaya sebagai penghantar makanan yang dahulu pendapatannya mencecah RM6,000 sebulan kini menguncup seperti laporan akhbar ini seminggu lalu.

Penulis sempat berbual dengan seorang pemandu Grab pada minggu lalu. Orangnya masih belia, bagi membuang masa dalam perjalanan kami berbual-bual.

Semua topik sempat dibincangkan antaranya ber­kenaan ekonomi dan politik. Dia memaklumkan baik ekonomi atau politik negara adalah amat mengecewakannya. Susah mahu cari makan ujarnya.

Rakyat mungkin tidak pandai untuk mengulas pasal ekonomi mikro dan makro tetapi itu yang dilalui mereka setiap hari. Dengan RM50 apa makanan yang dapat dihidangkan atas meja untuk keluarga mereka, atau dengan nilai itu berapa lama dapat bertahan.

Dalam tempoh empat tahun ini memang merupakan pengajaran apabila kerajaan tidak kukuh, maka ia memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada 19 November depan.

Buat pengundi yang kecewa dengan ‘hasil’ PRU14 lalu jangan pula diboikot PRU15. Keluarlah mengundi kerana peratusan mengundi pada Pilihan Raya Negeri di Johor adalah amat rendah, hanya sebanyak 54.92 peratus. Ini amat membimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI