fbpx

Lion Air sambung semula penerbangan ke KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Lion Air mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor setelah menyambung semula penerbangan baru-baru ini. - Ihsan MAHB

PUTRAJAYA – Operator udara komersial terbesar Indonesia, Lion Air kembali menyambung semula siri penerbangan rutinnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam laman sosialnya, ia memaparkan beberapa foto eksklusif pesawat syarikat itu di terminal utamanya baru-baru ini.

“Selamat kembali Lion Air atau kod JT ke KLIA! Ia bakal mengendalikan penerbangan harian Surabaya-Kuala Lumpur melalui pesawat Boeing 737-800,” nukil pentadbir akaun agensi itu.

Berdasarkan semakan laman sesawang berita penerbangan global terkenal, Aero Routes, Lion Air telah pun menyambung balik operasi berjadual harian bermula pada 12 Oktober lalu.

Pesawatnya berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda iaitu terminal udara ketiga terbesar di Indonesia pukul 8.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 12.10 tengah hari.

Ia menggunakan kod JT168 manakala penerbangan balik dari KLIA dengan kod JT169 pula berlepas pukul 1 tengah hari dan tiba di sana pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Barat.

Terdahulu, Lion Air yang diuruskan oleh PT Lion Mentari Airlines itu terpaksa menggantung penerbangan ke KLIA pada tahun 2020 lalu susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI