fbpx

Bekas bendahari koperasi didenda RM8,000 mengaku palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M.SANTHI (baju krim) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan memalsukan dokumen. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang bekas bendahari sebuah koperasi dijatuhi hukuman denda RM8,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan tiga dokumen pelaporan akhir program Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC), tujuh tahun lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, M. Santhi, 57, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan supaya wanita itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Bendahari Koperasi Global and National Skill Development Seremban Berhad (GNSDC) didakwa dengan niat curangnya telah menggunakan sebagai tulen tiga dokumen iaitu Invois Shanvi Management & Trading untuk pelaporan akhir program SEDIC yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat koperasi GNSDS di Jalan Rasah, Seremban pada Oktober tahun 2015 dan Oktober tahun 2016.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI