fbpx

Bukan salib, tapi itu pisau belati! – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN video Aaron Aziz dalam Tiktoknya dikecam kerana disangka memakai tatu berlambang salib.

PETALING JAYA – Pelakon Aaron Aziz meminta netizen agar membuka minda dan berfikiran positif sebelum menuduh orang lain dengan perkara yang tidak betul.

Pesanan tersebut diutarakan pelakon filem KL Gangster itu selepas sebuah video dalam TikToknya dikecam netizen gara-gara menampilkan dirinya bertatu di bahagian leher.

Tatu tersebut yang merupakan solekan untuk lakonan terbaharunya menuai perhatian kerana didakwa merupakan lambang salib.

“Itu bukan salib. Itu dagger (pisau belati). Kau orang ingat aku kafir ke apa? Itu pisau!

“Semua pisau termasuk pisau belati mesti ada batang pemegang berbentuk begitu. Lainlah kalau aku pakai pisau mentega yang kau orang guna untuk sapu Nutella, peanut butter dan jem. Takkan nak pakai pisau itu,” katanya tegas.

Video berkenaan yang dimuat naik Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 46, tiga hari lalu turut menuai respons teruja daripada peminat.

Rata-ratanya tidak sabar menantikan aktor yang popular dengan watak ikonik Malik dalam filem KL Gangster itu kembali dengan naskhah filem aksi gengster.

Bagaimanapun, tatu palsu tersebut merupakan solekan untuk lakonan aktor kelahiran Singapura itu dalam sebuah filem aksi baharu berjudul The Original Gangster.

Hasil tinjauan, selain Aaron, filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof tersebut turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Yayan Ruhian, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI