fbpx

Waris Apeh Jamal terima pencen penakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (tiga dari kiri) bersama keluarga Allahyarham di Ipoh, semalam. - Foto PERKESO PERAK

IPOH – Waris Allahyarham Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin, 40, yang maut semasa menyertai perlumbaan Battle of The King 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu di Gong Badak pada Sabtu lalu layak menerima pampasan di bawah faedah pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Perak, Zainal Ismail berkata, pihaknya telah mengunjungi keluarga Allahyarham di Ipoh bagi melengkapkan borang tuntutan tersebut setelah semakan kelayakan dilakukan.

“Skuad Perkeso Prihatin Ipoh telah mengambil tindakan segera untuk berjumpa dengan balu Allahyarham, Noor Ashima Ahmad Shairi, 37, pada Isnin lalu.

“Satu majlis penyerahan faedah Perkeso telah diadakan pada 19 Oktober 2022 (semalam) di rumah kediaman keluarga Allahyarham Muhamad Hafez,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.35 pagi Sabtu itu, Apeh yang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia 11, 9 tahun dan 9 bulan maut akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

Kemalangan maut itu menyebabkan siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir pada Ahad lalu dibatalkan serta-merta oleh pihak penganjur.

Pada masa sama, Zainal berkata, Perkeso mendoakan seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran serta tabah dalam menghadapi ujian dan musibah itu.

“Semoga bantuan pencen bulanan yang diterima dari Perkeso dapat membantu meringankan balu Allahyarham dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI