fbpx

Yasmin Hani nafi sebumbung dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASMIN Hani kecewa dengan mentaliti cetek sesetengah masyarakat kerana menuduhnya tinggal sebumbung bersama kekasih tanpa mengetahui hal sebenar.

SUBANG JAYA – Pelakon dan pengacara Yasmin Hani menepis dakwaan tinggal sebumbung dengan kekasihnya Alif Hadi gara-gara sering memuat naik video bersama ketika berada di dalam rumah.

Menjelaskan spekulasi itu, Yasmin yang menetap dengan ibunya menjelaskan, sebagai wanita dewasa, dia tahu apa yang betul atau tidak.

“Mak saya nak campak mana? Alif selalu datang untuk makan. Kalau dia tak datang, pembantu rumah akan kata ‘sunyilah dia tak datang, tiada siapa yang akan habiskan makanan’. Sampai macam itu sekali.

“Kalau orang datang rumah, kita layan baik kan. Tapi kalau boyfriend datang rumah, cakap dia tidur sekali!

“Kita kena tahu bawa diri, tahu mana salah dan betul. Samalah macam kami,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran program Dapur Tempur di Subang Gio, semalam.

Sementara itu, Yasmin juga meluahkan rasa sedih dengan pemikiran sempit masyarakat yang mudah menuduh dan menjatuhkan hukum terhadap seseorang tanpa mengetahui hal sebenar.

Bagaimanapun, pengacara itu berkata, dia akhirnya membuat keputusan tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.

“Saya sedih betapa kolotnya manusia sekarang. Saya jenis tak peduli sebenarnya cuma saya tak mahu anak-anak terbaca apabila mereka besar.

“Tapi saya fikir balik, anak-anak tahu, keluarga semua ada. Abang saya pun selalu datang rumah makan-makan.

“Akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja. Saya tak peduli,” ujarnya.

Selain itu, Yasmin turut menafikan dakwaan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang pelakon itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, dia mahu Alif belajar banyak perkara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkongsi hidup.

“Kami belum ada perancangan yang serius, waktu sekarang kami selesa berkawan. Anak-anak memang sayangkan dia, apa-apa akan cari dia dulu.

“Saya rasa tak perlu terburu-buru sebenarnya, kalau dah selesa dan waktu sesuai kami kahwin. Kita kena ikut waktu diri sendiri juga. Kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

“Tetapi kita tak boleh lepas tangan sebab benda itu tak akan jadi walaupun dah jodoh.

“Kalau betul-betul jadi saya akan umumkan. Saya nak pastikan Alif betul-betul bersedia sebab saya ada cara tersendiri untuk uruskan keluarga,” ujarnya.

Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohd. Razali pada 2011 namun bercerai tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Noah Ismail Wong, 7, dan Eissa Elzander Wong, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI