fbpx

[VIDEO] 10 cedera van kilang terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang cedera selepas van yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang di KM151.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Jalan Bukit Tambun-Juru, di sini pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu tersepit manakala sembilan penumpang mengalami kecederaan apabila van pekerja yang dinaiki terbabas dan melanggar tiang di Kilometer (KM) 151.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Jalan Bukit Tambun-Juru, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga mangsa termasuk pemandu van masing-masing dipercayai mengalami kecederaan patah kaki dan tangan. Kesemua penumpang merupakan operator kilang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada 6.38 pagi tadi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dikejarkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang terlibat terdiri daripada lapan wanita serta dua lelaki termasuk pemandu van.

“Mangsa yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 7.34 pagi manakala lain-lain mangsa yang terlibat turut dikeluarkan serta diberikan rawatan awal oleh pihak ambulans dan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan).

“Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya menggunakan tiga buah ambulans  dan sebuah ambulans EMRS bagi menerima rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI