fbpx

Belajar seminggu di China, wanita buka klinik gigi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KKM menyita peralatan yang digunakan sebuah premis klinik gigi haram di Pandan Malim, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang wanita muda ditahan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) selepas dikesan melakukan rawatan dan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajarinya selama tujuh hari di China.

Wanita berusia 23 tahun itu ditahan bersama-sama dua pekerjanya yang lain berusia 20-an dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang di sebuah premis rawatan di Pandan Malim di sini, semalam.

Ketua Operasi, Dr. Rosnah Atan berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat diterima daripada orang awam dan risikan dilakukan sejak sebulan yang lalu.

Katanya, menerusi pemeriksaan rekod daftar pelanggan, klinik gigi haram itu dipercayai telah beroperasi selama dua tahun dan mengaburi kegiatan mereka dengan menyewa premis di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.

“Hasil soal siasat dijalankan, seorang wanita mengakui telah memberikan rawatan dan pemasangan pendakap gigi kepada orang ramai dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajarinya selama tujuh hari di China.

“Klinik haram ini juga telah menjalankan beberapa perkhidmatan lain termasuk veneer, pemutihan gigi dan rawatan muka menggunakan mesin serta peralatan yang hanya boleh dikendalikan oleh doktor bertauliah,” katanya selepas selesai proses menyita pada pukul 7 petang.

Mengulas lanjut beliau berkata, premis itu telah mendapatkan pelanggan dengan melakukan promosi rawatan pada harga yang jauh lebih murah berbanding klinik berdaftar di laman sosial instagram.

“Premis ini menawarkan pemasangan pendakap gigi pada harga sekitar RM1,200 sehingga RM1,500 bagi bahagian gigi atas dan bawah, kos ini sememangnya lebih murah berbanding klinik berdaftar.

“Janji temu akan dibuat terlebih dahulu di Instagram mereka sebelum pelanggan datang ke premis untuk rawatan,” katanya.

Katanya, kesemua barangan di dalam premis itu telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 62 dan Akta 804 Akta Pergigian 2018 iaitu larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI