fbpx

Rakyat Malaysia di luar negara dibantu undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Kementerian Luar sedia membantu lebih tiga juta rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia bagi mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, lonjakan mendadak bilangan pengundi baharu itu disebabkan proses pendaftaran automatik individu yang berusia 18 tahun ke atas.

“Kita juga dimaklumkan berlaku tambahan pengundi pos kerana ramai yang berumur lebih 21 tahun dan tidak pernah didaftarkan, tetapi kini telah didaftarkan secara automatik.

“Setakat ini jumlah sebenar belum lagi dimuktamadkan, namun semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara kini sibuk menguruskan isu tersebut,” katanya di sini tadi.

Berdasarkan laporan Parlimen awal tahun ini, kerajaan menganggarkan terdapat seramai 3.15 juta rakyat Malaysia di lebih 20 negara antarabangsa.

Wisma Putra ujarnya, turut mendapat kerjasama erat daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menjangkakan urusan penghantaran kertas undi pos dapat berlangsung lancar.

Secara kelaziman, warga Malaysia yang berada di Brunei, Singapura dan wilayah selatan Thailand perlu pulang ke negara ini untuk mengundi secara biasa kerana faktor jarak agak dekat.

Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk menjadi pengundi pos dengan mengisi butiran diri menerusi laman sesawang rasmi SPR sebelum diberikan sampul surat berisi kertas undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI