fbpx

UMNO tidak pakat dengan DAP jatuhkan Peja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap kepada pemberita di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – UMNO Perak tidak pernah bermuslihat dengan DAP bagi menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu tidak benar, malah tiada sebarang perbincangan dengan DAP bagi tujuan itu.

“Memang ada usaha DAP buat usul undi tidak percaya (terhadap Ahmad Faizal), tetapi kami (UMNO) tidak (sokong), kita buat lain, buat usul percaya,” katanya selepas Majlis Pelancaran Briged Sukarelawan Banjir UMNO Perak di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini.

Saarani berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahmad Faizal menerusi satu temubual di sebuah stesen televisyen semalam, yang memberitahu UMNO berpakat dengan DAP menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, jika UMNO benar-benar mahu menjatuhkan Ahmad Faizal, ia telah dilakukan lebih awal lagi.

“Kalau UMNO jahat, bukanlah pada Disember 2020, sewaktu kita menukar Speaker waktu itu, sudah ada satu usul undi tidak percaya daripada DAP kepada Chenderiang (Ahmad Faizal),” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI