fbpx

Pemandu Myvi wanita lawan arus ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu wanita ditahan selepas memandu melawan arus di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai.

KULAI – Pemandu Perodua Myvi yang dikesan memandu melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai, di sini semalam telah ditahan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pukul 1 petang di sebuah pangsapuri di kawasan Kangkar Pulai, Skudai di sini.

Beliau berkata, berpandukan video yang tular itu, anggota Bahagian Penguat kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah berjaya mengesan suspek.

“Suspek dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan selanjutnya. Polis turut merampas kereta Perodua Myvi tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi melawan arus dengan memasang ‘hazard light’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI