KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Astillah meluahkan kebimbangannya untuk pulang ke negeri kelahiran Sabah pada hujung bulan ini berikutan kes harian Covid-19 di sana yang semakin meruncing.
Bella berkongsi perasaannya menerusi Insta Story semalam kerana bimbang dengan keadaan keluarganya yang berada di sana.
“Saya sebenarnya sedih sebab di Sabah sedang banyak kes Covid-19. Saya jadi risau tetapi sudah hubungi keluarga termasuk nenek supaya jaga diri.
“Hujung bulan ini pun sepatutnya saya ada penerbangan balik ke Sabah. Tetapi tengoklah macam mana, sebab ada anak kecil. Situasi sekarang sangat bahaya. Doakan Sabah semua,” ujarnya isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang berasal dari Sandakan itu.
Setakat ini, bilangan kumulatif kes di negeri itu adalah sebanyak 2,737 dengan 1,430 kes aktif selain jumlah kematian sebanyak 17 kes.
Pertambahan kes di Papar dan Sandakan menjadikan kedua-dua daerah itu diisytihar zon merah sejak 5 Oktober sekali gus menjadikan keseluruhan bilangan zon merah di Sabah meningkat kepada tujuh. – K! ONLINE