fbpx

Razlan mahu memburu penamat terbaik bersama Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (berdiri, empat dari kiri) tekad mencari penamat terbaik buat pasukannya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Yamaha.

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi pelbagai cabaran selama dua tahun, Prinsipal WithU Yamaha RNF, Datuk Razlan tekad mencari penamat terbaik buat pasukannya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Yamaha.

Razlan yang juga pemilik pasukan RNF menamatkan kerjasama bersama pasukan Yamaha sebagai pasukan satelit pada akhir tahun ini dan beralih bekerjasama dengan pasukan Aprilia pada 2023.

Bagaimanapun, Razlan mengakui tiada sebarang ‘honeymoon’ buat dua pelumbanya, Cal Crutchlow dan Darryn Binder kerana perlu untuk memburu mata.

“Ia adalah tahun yang sangat sukar sejak kami mengambil alih penyertaan MotoGP (daripada SRT) tetapi sekali lagi, jika ia mudah semua orang akan melakukannya.

“Kami memulakan tahun dengan Andrea Dovizioso dan Darryn Binder sebagai pelumba kami, malangnya musim ini dipenuhi dengan pelbagai drama.

“Kami bermula dengan beberapa keputusan yang tidak baik, terutamanya dengan Dovizioso yang sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri dengan baik terutama mesin Yamaha.

“Keputusan itu menyebabkannya untuk bersara di Misano dan kami memutuskan mengambil Cal Crutchlow dalam baki perlumbaan musim ini.

“Jika melihat kepada keputusan ketika ini, hanya Fabio Quartararo mampu menampilkan aksi yang baik bersama jentera dari Jepun tersebut.

“Saya agak sedih kami terpaksa berhenti dengan Yamaha kerana mereka adalah jenama besar yang bagus untuk Asia Tenggara.

“Tetapi pada masa yang sama kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu bersama Aprilia. Mereka sudah lama berjumpa dengan saya namun ketika itu mereka tidak sekuat sekarang,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media di ibu negara semalam.

Razlan, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Litar Antarabangsa Sepang mengakui litar kebanggaan negara itu kekal istimewa di hati beliau.

Justeru, dia berharap pasukannya itu mampu menampilkan aksi terbaik ketika berlumba di laman sendiri.

Crutchlow dan Binder menikmati perlawanan yang baik di Phillip Island minggu lalu dengan kedua-dua pelumba meletakkan mata di kedudukan ke-13 dan ke-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI