fbpx

Bentley Flying Spur Hybrid kini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrew Wong ketika melancarkan Bentley Flying Spur Hybrid di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Bentley Kuala Lumpur melancarkan Flying Spur Hybrid yang merupakan model pertama plug-in hybrid jenama itu di negara ini.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Andrew Wong, model itu menggunakan enjin 2.9 liter V6 turbo berkembar dan kotak gear dual klac lapan kelajuan automatik.

Katanya, kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 544PS dan tork maksimum 750Nm.

“Kadar pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (kmj) model ini hanya dalam masa 4.3 saat sahaja. Kelajuan maksimum kereta ini juga boleh mencecah 285 kmj.

“Kadar pecutan yang dihasilkan enjin ini hampir sama dengan yang dihasilkan enjin tradisional W12 dan V8,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Wong menerangkan, kereta mewah itu mampu bergerak lebih 800 kilometer (km) untuk satu tangki penuh manakala untuk pemanduan elektrik model itu mampu bergerak sejauh 40 km mengikut berdasarkan rating Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Seluruh Dunia (WLTP).

“Bentley Flying Spur Hybrid ini mempunyai tangki petrol berkapasiti 80 liter dan menggunakan pek bateri lithium-ion 18kWh.

“Tiga mod pemanduan ditawarkan seperti EV Drive, Hybrid dan Hold untuk memberi pengalaman pemanduan yang tersendiri,” tambahnya.

Jelasnya, Bentley menawarkan tiga jenis rim bersaiz 22 inci, 21 inci dan 20 inci sebagai pilihan kepada bakal pembeli.

Dua varian ditawarkan seperti Azure dan S sebagai pilihan untuk model Flying Spur Hybrid itu pada harga bermula RM945,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI