fbpx

Jabatan Perhutanan Perak tutup laluan pendakian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makluman notis penutupan semua laluan pendakian gunung dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal di Perak disiarkan di Facebook Jabatan Perhutanan Perak hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak akan menutup semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpan Kekal di bawah pentadbirannya bermula 15 Oktober hingga 31 Januari 2021.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, penutupan kepada orang awam itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ekoran musim tengkujuh.

“Penutupan laluan pendakian memang dibuat setiap tahun mulai 1 November hingga 31 Januari kerana musim tengkujuh yang bahaya kepada pendaki.

“Bagaimanapun, penutupan dibuat awal sedikit pada tahun ini disebabkan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diminta mematuhi arahan tersebut dan menghubungi Jabatan Hutan terdekat untuk mendapatkan maklumat tambahan. –   K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI