fbpx

Kebangkitan Palace ‘lemaskan’ Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHA meledak gol kemenangan Palace ketika mereka membenam cabaran Wolves pada aksi di Selhurst Park awal pagi semalam. – FB Palace

LONDON – Bintang sensasi Crystal Palace menjadi nadi penting pasukannya yang mencipta kebangkitan ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 pada aksi di Selhurst Park awal pagi semalam.

Ketinggalan sebelum bangkit melakar kemenangan seakan menjadi DNA buat Palace apabila sudah tiga perlawanan mereka melakukannya musim ini termasuk pertemuan menentang Leeds United dan Aston Villa sebelum ini.

“Ia adalah suatu yang baik apabila berjaya memenangi perlawanan. Tetapi, kami memilih jalan sukar apabila ketinggalan terlebih dahulu sebelum bangkit. Saya fikir kami perlu berubah.

“Kami perlu lebih tajam di bahagian serangan dan benteng pertahanan juga perlu bermain dengan baik. Namun, aksi kali ini adalah cukup baik kerana kami menunjukkan karakter, kualiti dan keinginan yang tinggi,” kata Pengurus Palace, Patrick Vieira.

Kedua-dua gol Palace terhasil pada babak kedua selepas Wolves terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi gol Adama Traore yang juga merupakan gol pertamanya musim ini.

Sebaik ketinggalan, Vieira mengubah taktikal apabila meletakkan Zaha di belakang penye­rang, Odsonne Edouard selain mengubah kedudukan Eberechi Eze ke bahagian sayap.

Perubahan itu membuahkan hasil apabila Eze meledak gol pembukaan selepas dua minit babak kedua bermula dan Zaha menyempurnakan malam Palace menerusi gol kemenangan pada minit ke-71. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI