fbpx

Kecederaan tak jejas strategi Young Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA akan beraksi menentang Great Britain dalam aksi persahabatan terakhir hari ini sebelum memulakan perlawanan pertama SOJC menentang India pada Sabtu ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Kecederaan dialami Muhammad Danish Danial Abdul Wahab tidak menjejaskan strategi ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Muhamad Amin Rahim pada Piala Sultan Johor (SOJC) bermula Sabtu ini.

Danish Danial dipercayai mengalami kecederaan hamstring ketika tewas 1-4 kepada Australia pada aksi persahabatan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Amin berharap ia bukan kecederaan serius sehingga menyebabkan beliau terpaksa memanggil pemain lain untuk menggantikan tempat Danish Danial pada saingan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru nanti.

“Saya rasa semua pemain seimbang, bukannya satu hilang kita akan tempang. Cumanya kalau serius, kita terpaksa gugurkan dan ambil pemain lain untuk ganti kekosongan itu.

“Saya selalu bagi kata-kata positif kerana mereka kurang pengalaman. Saya perlukan pemain yang berjiwa ‘fighter‘, keazaman tinggi dan yang boleh buat kerja ikut arahan,” katanya.

Meskipun tewas kepada Australia tetapi Amin tetap memuji pasukannya kerana beliau cuma mempunyai empat pemain yang berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Amin yang juga penolong jurulatih skuad senior lelaki, enggan menjadikan ia sebagai faktor untuk mengibarkan bendera putih, sebaliknya akan mencurahkan segala pengalamannya kepada barisan pemain.

“Pemain kita jauh ketinggalan dengan Australia. Empat sahaja pernah beraksi perlawanan antarabangsa dan selebihnya hanya liga remaja, Sukma dan Piala Tun Abdul Razak,” jelasnya.

Skuad Young Tigers turun beraksi menentang Great Britain dalam aksi pemanas badan terakhir di Stadium Hoki Taman Daya hari ini sebelum memulakan perlawanan pertama SOJC menentang India pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI