fbpx

Program istimewa banduan warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad menanyakan sesuatu kepada benerapa penghuni di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin ketika hadir Majlis Pelancaran Program 3P di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai hari ini. FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) dapat mengelakkan kesesakan di dalam penjara serta mempercepatkan proses penghantaran pulang banduan warga asing ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini banduan atau penghuni warga asing yang berada di penjara kesemuanya hampir 12,000 orang

“Melalui program ini, penghuni warga asing yang layak akan ditempatkan di Program Reintegrasi Penghuni (PRP) untuk bekerja.

“Hasil yang diterima daripada pekerjaan tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan harian mereka dan seterusnya untuk penghantaran pulang ke negara asal,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada Majlis Pelancaran Program 3P di PRP Mantin, Nilai di sini hari ini.

Menurut Hamzah, sebagai perintis program itu melibatkan 16 banduan warganegara Indonesia yang bermula pada Julai lalu di mana 10 orang daripadanya akan berangkat pulang ke negera mereka tanpa perlu ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen seperti kebiasaan.

“Manakala enam yang lain akan beransur-ansur pulang menjelang November 2022. Segala persiapan dan proses dokumentasi untuk mereka pulang telah diuruskan dengan sebaiknya oleh Jabatan Imigresen Malaysia di PRP Mantin.

“Selain itu, Kedutaan Indonesia di Malaysia turut membantu dalam proses penyediaan dokumen bagi penghantaran pulang mereka,” katanya.

Jelas beliau, sinergi atau kerjasama itu memberi impak yang positif di mana program itu akan memberikan kesan dari segi pengurangan kesesakan di dalam penjara dan juga Depoh Tahanan Imigresen.

Tambahnya lagi, penglibatan pihak syarikat swasta yang memberikan peluang pekerjaan kepada banduan dan penghuni PRP turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI